Refleksi  

    Alhamdulillah selesai juga akhirnya usaha saya dalam menyiapkan tugasan ini. Berbagai-bagai dugaan dan cabaran yang saya hadapi dalam usaha saya menyiapkan tugasan ini. Walaupun pelbagai perancangan yang telah saya aturkan namun sebagai manusia biasa saya hanya mampu merancang dan Allah adalah menentu bagi segala-galanya

    Jika diimbas kembali proses dalam menyiapkan tugasan ini, saya berasa bersyukur dan sangat berterima kasih kepada pihak-pihak yang sentiasa memberi dorongan kepada saya dan tidak ketinggalan juga kepada pensyarah-pensyarah yang sentiasa membakar semangat saya untuk terus berusaha menyiapkan tugasan ini. Tajuk yang diberi dalam tugasan ini banyak membantu bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk dikongsi bersama-sama dengan rakan seperjuangan di sekolah dalam memberi ilmu kepada anak didik yang dikasihi.

    walaupun saya tidak mahir dalam bidang perkomputeran namun saya tetap berusaha untuk menyiapkan tugasan ini mengikut kehendak tugasan. Tugasan pertama iaitu e-Porfolio banyak memberi pengalaman baharu kepada saya. secara jujurnya saya berminat dalam menghasilkan sesuatu pembelajaran yang menggunakan teknologi maklumat. Namun, kekangan-kekangan yang tidak dapat dielakkan telah membataskan minat saya ini. Walaubagaimana pun, saya bersyukur kerana diberi kesempatan untuk menghasilkan e-Portfolio ini. Antara ilmu baharu yang saya perolehi ialah membina soalan interaktif dengan menggunakan 'hot potatos'. Pelbagai bentuk soalan dapat dihasilkan dengan menggunakan perisian tersebut. selain itu, saya boleh menggunakan hyperlink sebagai satu cara untuk mempercepatkan proses mendapatkan maklumat tanpa mengambil masa yang lama. Selain itu, interaksi dengan pensyarah turut memberi pengalaman baharu kepada saya, apabila beliau menerangkan pelbagai teknik pengajaran yang boleh digunakan dalam menarik minat pelajar. Apabila berada di dalam makmal komputer suasana bising mungkin boleh berlaku apabila semua pelajar mendengar bahan audio. Teknik mengangkat tangan boleh digunakan bagi memberi isyarat meminta perhatian atau diam.        

    Tugasan kumpulan sangat mencabar bagi saya, apabila saya dan rakan saya Nor Shuhada ingin menyiapkan tugasan talian internet sentiasa tidak dapat diaktifkan. kesabaran demi kesabaran telah kami pupukkan di dalam hati kami. Pelbagai usaha telah kami ambil bagi menyiapkan tugasan ini. Penggunaan teknologi maklumat sangat baik dalam pembelajaran. Namun terdapat kekangan yang tidak mampu menjayakan proses pembelajaran dan pengajaran berjalan dengan lancar. Kekangan tersebut adalah apabila capaian internet sangat terhad. Masalah ini bukan sahaja akan mengganggu proses pembelajaran dan pengajaran malah akan memberi tekanan kepada guru dan pelajar. Kesimpulannya, pembelajaran berasas TMk harus diberi penambahbaikan dalam capaian internetnya.