Hasil Kerja

Interaksi 1
Tajuk 1: Penggunaan Enjin Pencari untuk Bahan Bahasa Melayu
 
1. Enjin pencari ialah sistem yang dibangunkan bagi membantu kita untuk mendapatkan maklumat dalam sesebuah jaringan besar seperti World Wide Web, rangkaian kecil seperti LAN atau dalam komputer peribadi. Terdapat pelbagai jenis enjin pencari antaranya Google, Yahoo, MSN, altavista, mystartsearch dan sebagainya.
 
2. Saya boleh mendapatkan maklumat daripada enjin pencari dengan hanya menaip kata kunci yang saya ingini dan enjin pencari sebagai contoh Google akan mencari maklumat berpandukan kata kunci yang telah saya taipkan tadi. Hasilnya, semua laman wed yang menggunakan kata kunci yang saya ingini akan dipaparkan dalam SERP (Search Engine Result Page) atau hasil muka carian dalam enjin carian. Saya hanya perlu memilih maklumat yang saya ingini dan menggunakannya.
 
3. Penyimpanan dan perkongsian bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran dapat dibuat secara atas talian dan luar talian. Penyimpanan secara atas talian         boleh dilakukan dengan memilih ikon bintang yang berada di dalam enjin pencari. Bahan pengajaran dan pembelajaran akan disimpan dalam penanda laman web atau lebih dikenali dengan 'bookmark'. Bahan tersebut boleh digunakan pada masa akan datang. Manakala penyimpanan luar pula, dapat dilakukan dengan mewujudkan fail baharu di dalam komputer dengan label mata pelajaran. Bahan-bahan yang telah dimuat turun bolehlah disimpan dalam folder baharu yang telah diwujudkan tadi. 
        Seterusnya, perkongsian bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran boleh dikongsi secara atas talian dengan dua cara iaitu, pertama secara pengkomputeran awam seperti '4share', dropbox dan sebagainya. Kedua, secara usaha kolaboratif melalui penggunaan penanda sosial (social bookmark) seperti 'facebook' dan Myspace.
 
Tajuk 2: Pengaplikasian Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet
 
1. Garis panduan dan etika pengguunaan internet ialah jangan menyalur sebarang bahan haram, lucah, mengancam, menekan, mengugut,       menghina, menfitnah atau menabur perasaan benci. Selain itu, jangan menggalakkan perilaku yang boleh menyebabkan kekacauan dan ketegangan serta perlanggaran undang-undang. Seterusnya, jangan menganjur perbuatan yang boleh membahayakan individu, organisasi atau masyarakat secara keseluruhannya. Kemudian diikuti dengan jangan memberi maklumat yang salah dan tidak benar pada sebarang borang, kontrak atau permohonan atas talian, termasuk memalsukan nombor kad kredit. Jangan menggalakkan, membangunkan atau menjalankan aktiviti haram seperti cepatkaya, skimpiramid dan surat berantai atau laini-lain aktiviti yang menyalahi undang-undang. Selain itu, jangan melaksanakan sebarang bentuk pemantauan rangkaian (network monitoring) bagi mencuri atau memintas data yang bukan ditujukan kepadanya. Akhir sekali, jangan menceroboh (hacking) sistem pengguna individu, kumpulan atau organisasi yang lain. Dengan adanya garis panduan dan etika penggunaan internet ini keselamatan peribadi individu, masyarakat dan Negara akan terjamin. 
 
2. Akta hak cipta tentang bahan-bahan internet penting pada masa sekarang kerana terlalu ramai masyarakat yang kini mahir menggunakan teknologi maklumat. Kemudahan internet mampu membantu banyak pihak. Namun, ada di antara mereka yang tidak bertanggungjawab melakukan pencerobohan maklumat demi kepentingan diri sendiri. Tanpa akta hak cipta keselamatan individu, masyarakat malahan Negara juga akan terancam. Pelbagai kemungkinan negatif akan berlaku. Antaranya, strategi mempertahankan keselamatan Negara akan terbogkar. Hal ini, akan menyebabkan Negara kita dijajah semula. Selain itu, idea-idea yang yang bernas telah diciplak oleh penggunaan internet yang tidak betanggungjawab akan menyebabkan pemilik hasil karya hilang punca pendapatan dan mengalami tekanan hidup.
 
3. Cara mendapatkan bahan internet tanpa melanggar akta hak cipta ialah pengguna harus meminta kebenaran daripada tuan punya bahan yang dihakciptakan. Pengguna boleh menghubungi pengedar atau penerbit bahan untuk meminta kebenaran untuk menggunakan bahan yang telah mempunyai hak cipta terpelihara. Maklumat terperinci mengenai  bagaimana dan di mana bahan itu ingin digunakan  perlu dikemukakan kepada pihak berkenaan. Semua urusan surat-menyurat dan rekod tentang hubungan dengan penerbit atau pengedar mengenai permohonan kebenaran harus disimpan untuk rujukan. Perkara yang sama perlu dilakukan oleh pengguna apabila ingin memuat turun atau mengedar bahan secara elektronik kepada pihak lain. Meminta kebenaran haruslah dilakukan.
            Jika melibatkan koleksi bahan media dalam CD-ROM yang digelar sebagai bebas daripada royalty dan boleh digunakan untuk persembahan. Sebagai pengguna kita harus menggunakannya secara berhati-hati kerana ada diantaranya tidak ada had penggunaan, atau ada yang menghadkan pengguna bahan dalam apa jua bentuk produk elektronik. Pengguna harus mengikut ketetapan yang telah ditetapkan.
            Selain itu, pengguna harus mamatuhi lesen penggunaan sah yang dibekalkan dalam setiap perisian yang dibeli. Sama ada, untuk penggunaan sesebuah komputer sahaja atau lessen untuk jaringan. Seterusnya, elakkan diri daripada memiliki produk cetak rompak.
 
Interaksi 2
 
 
 
Tajuk 3
 
1. Apa yang saya faham dengan kesahan maklumat dalam pemilihan bahan internet dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa ialah jaminan kualiti bahan yang ingin disalurkan kepada pelajar. Bahan yang ingin diajar bersama murid hendaklah berlandaskan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.
        Kesahan maklumat penting kerana bahan yang dikongsi bersama murid akan menjadi bahan ilmu kepada murid. Jika bahan yang tidak menepati kesahan maklumat akan memberi kesan negatif kepada murid, masyarakat dan Negara dalam masa jangka panjang. Paling menyedihkan akan merendahkan martabat profesyen seorang guru. Kualiti bahan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran amat penting bagi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan kewujudkan kemenjadian murid.
 
Tajuk 4
 
2.       Maksud persekitaran pembelajaran Frog VLE (Virtual Learning Enviroment) ialah persekitaran pembelajaran maya. Ia merupakan sistem pembelajaran yang berasaskan jaringan dan menyerupai pembelajaran dunia sebenar, tetapi menggabungkan konsep pendidikan konvensional  dan kaedah maya.
        Ciri-ciri pembelajaran Frog VLE ini, adalah pembelajaran boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja. Pendidikan ini bersambung dengan internet 4G. selain itu, terkandung pelbagai laman pembelajaran yang boleh dicapai dengan mudah semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, murid boleh berinteraksi dengan guru dan kawan di atas talian dengan mudah.
 
3.    Perbezaan antara teknologi web 2.0 dengan teknologi web 1.0 ialah ciri interaktif dan kolaborasi, mesra penggunaan, rangakaian dan saluran komunikasi yang masing-masing mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Namun web 2.0 akan melebihi semua aspek web 1.0 ini kerana web 1.0 lebih bersifat tradisional. Web 2.0 lebih bersifat dinamik yang membolehkan pengguna seluruh dunia berinteraksi, menambah input, membuat penyuntingan, membuat penilaian, membuat komen dan maklum balas. Seterusnya, berkolaborasi , berkongsi bahan dan sebagainya.
 
4.    4. Storan awan ialahpembangunan dan penggunaan  teknologi komputer berasaskan internet. Selain itu, satu kaedah memanfaatkan perkomputeran sebagai perkhidmatan bukannya produk di mana sumber, aplikasi dan maklumat yang disediakan dalam komputer atau peranti lain seperti iPohe, iPad dan Android, sebagai satu utiliti melalui rankaian internet. Sebagai guru, saya boleh menggunakan storan awam ini sebagai tempat menyimpan bahan-bahan pengajaran supaya mudah untuk saya guna pada bila-bila masa dan di mana jua saya berada. Dengan kemudahan ini, saya boleh memberi nota yang sama pada setiap kelas yang saya ajar. Selain itu, dengan storan awan ini, saya dapat memindahkan maklumat yang saya ada kepada bentuk-bentuk yang saya suka.Selain itu, saya juga boleh memberi sedikit maklumat atau panduan berkaitan bidang pengajaran saya kepada pelajar dengan berkongsi maklumat tersebut. Selain itu, saya boleh memberi latihan dengan mudah kepada pelajar.
 
     
Interaksi 3
 
 
 
Tajuk 5
 
1.    Terdapat enam prinsip pembelajaran bahasa berbantukan komputer berdasarkan model secara tradisional. Prinsip pertama mesti mempunyai objektif tingkah laku yang boleh diukur dan diperhatikan terhadap pelajar. Hal ini kerana model tradisional akan menumpukan kepada corak tingkah laku yang berulang sehingga berlaku secara automatik. Prinsip kedua, mengambil kira pengetahuan sedia ada pelajar sasaran yang hendak menggunakan bahan pembelajaran tersebut. Prinsip ketiga, menekankan kepada konsep pembelajaran lebih mudah kepada pembelajaran lebih sukar dan lanjutan. Persembahan bahan hendaklah dalam bentuk abstrak kepada konkrit supaya pelajar dapat mudah memahami isi kandungan atau kemahiran yang hendak disampaikan. Prinsip keempat, menggunakan pengukuhan positif untuk memastikan berlaku pengulangan tingkah laku. Sebagai contoh, menyediakan insentif secara maklum balas yang memberangsangan. Prinsip yang kelima pula, adalah menggunakan pengukuhan negative untuk mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini. Contohnya, pemberian maklum balas yang membina serta memperbetul kesilapan yang dilakukan oleh pelajar seperti “maaf , jawapan anda salah, sila cuba lagi”. Prinsip yang terakhir adalah dengan memberikan panduan, pedoman arahan yang jelas dan latihan untuk menentukan berlakunya satu siri rangsangan maklum balas. Aktiviti ini boleh dilakukan dengan menggunakan icon bantuan atau penyataan “mnemonics”.
    Prinsip pembelajaran bahasa berbantukan komputer berdasarkan model secara multimedia pula, mempunyai sepuluh prinsip. Prinsip pertama ialah penggunaan pelbagai media seperti teks, gambar, grafik, animasi audio dan video.  Prinsip kedua, persembahan bahan hendaklah dalam bentuk gabungan seperti teks dan gambar, teks dan audio, audio dan gambar dan sebagainya. Penyampaian yang dibuat secara berasingan akan menyukarkan pemahaman pelajar. Prinsip ketiga, ialah pelajar akan lebih mudah memahami isi pelajaran apabila penyampaian secara multimedia dibuat dalam bentuk yang mempunyai perkaitan yang logik dan bersesuaian. Prinsip keempat, persembahan bahan hendaklah lebih banyak dibuat  dalam bentuk gambar atau teks dibuat dalam bentuk suara untuk memudahkan pemahaman pelajar. Oleh itu, perisian yang tidak bermutu mengandungi banyak teks dan gambar statik dan tidak mempunyai suaramen. Prinsip yang kelima, tidak boleh mempersembahkan bahan secara serentak bahan  animasi, narasi (suara) dan teks. Pembelajaran lebih mudah jika bahan dipersembahkan dalam bentuk animasi dan suara. Prinsip keenam pula ialah persembahan dalam bentuk tunjuk cara adalah lebih berkesan daripada panduan secara bertulis. Prinsip ketujuh, mesti mempunyai panduan dan arahan yang jelas kepada pelajar untuk menjalankan aktiviti. Prinsip kelapan, mempunyai interaktiviti yang mesra pengguna iaitu, pelajar mudah mengawal pembelajaran dengan kadar sendiri. Prinsip yang kesembilan adalah persembahan bahan hendaklah dibuat dalam bentuk perbualan biasa tidak formal adalah lebih berkesan berbanding secara formal. Prinsip yang terakhir persembahan bahan hendaklah dibuat dalam bentuk pecahan-pecahan dari mudah ke sukar berbanding dipersembahkan secara bersambung secara linear.
    Prinsip pembelajaran bahasa berbantukan komputer berdasarkan model secara web turut mempunyai sepuluh prinsip. Prinsip pertama adalah memberi galakkan interaktiviti bagi membolehkan pelajar mengawal pembelajaran melalui strategi inkuiri-penemuan, eksperimen, hand on dan tugasan berasaskan aktiviti. Prinsip kedua, pendekatan atau strategi penyampaian yang jelas seperti penjelajahan, persembahan elektronik, permainan dan simulasi. Prinsip ketiga, memberi motivasi dan penglibatan pelajar. Prinsip ini dapat dilaksanakan dalam menyediakan aktiviti atau soalan untuk penyelesaian masalah, kepelbagaian teknik pembelajaran, menggunakan contoh yang bersesuaian dengan pengetahuan sedia ada pelajar, pengalaman pembelajaran yang menarik, sokongan dan bantuan yang memuaskan hati. Prinsip keempat, menyediakan bahan pembelajaran web mengikut konteks yang bersesuaian dengan reality dan keadaan semasa. Prinsip kelima, kepelbagaian persembahan atau penyamapaian melalui teks, animasi, grafik, gambar, audio, video dan simulasi. Pembelajaran akan melibatkan pelbagai sensori yang akan meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Kepelbagaian akan meningkatkan kemajuan pelajar, fokus dan motivasi belajar. Prinsip keenam, menggunakan strategi kalobaratif untuk meningkatkan tahap intelektual pelajar apabila mereka menjalankan aktiviti dalam persekitaran koboraitf untuk menyelesaikan masalah. Prinsip ketujuh, menggalakkan komunikasi global dengan menggunakan e-mel, ruang forum, chatting, dan sebagainya. Tujuannya adalah untuk meningkatkan kolaborasi dan pengalaman. Prinsip kelapan, mengurangkan beban kognitif yang berlebihan dengan tidak menyampai atau mempersembahkan bahan yang terlalu banyak atau kompleks. Prinsip yang kesembilan pula, adalah pembelajaran hendaklah mengaplikasikan kemahiran berfikir aras tinggi melalui penyoalan aras tinggi dan penyelesaian masalah. Prinsip yang terakhir untuk pembelajaran bahasa berbantukan komputer berdasarkan model secara web ialah sediakan panduan atau pedoman kepada pelajar melalui strategi memudahkan pelajar melalui pemetaan grafik, alat berfikir dan sebagainya.
 
2.    Saya akan mengaplikasikan pengajaran bahasa menggunakan bahan digital berasaskan teori pemerolehan bahasa behaviorisme dengan memperdengarkan bahan pengajaran bahasa melayu kepada murid.  Bahan pengajaran tersebut adalah seperti syair, sajak, gurindam, seloka dan sebagainya. Saya akan membuat beberapa kali ulangan memperdengarkan bahan pengajaran tersebut. Teori behaviorisme berpendapat penguasaan akan berlaku dalam keadaan kebiasaan yang diperoleh dengan melakukan aktiviti yang hendak dikuasai secara berulang-ulang.
    Seterusnya, saya akan memberi latihan berinteraktif kepada pelajar . kaedah ini saya lakukan sejajar dengan teori mentalis. Teori mentalis menekan tugasan yang menyelesaikan masalah. Saya akan memberi fokus terhadap soalan yang sedemikain. Dengan penggunaan latihan interaktif ini, pelajar dapat menjawab dengan serta merta dan tidak perlu menyalin soalan pada buku latihan. Guru juga, tidak lagi memerlukan pen merah untuk membuat semakan jawapan. Secara automatik jawaoan pelajar akan disemak.

 

 
Interaksi 4
 
Tajuk 6
 
1.    Tujuan menggunakan papan cerita ialah untuk menghasilkan sesebuah koswer, filem atau animasi yang terbaik. Selain itu, papan cerita mampu memberi gambaran yang lebih baik daripada apa yang dipertontonkan.
2.    Cara saya mengaplikasikan  struktur perpautan  dalam pengajaran dan pembelajaran  ialah dengan membina tapak pembelajaran interaktif.  Saya akan menggunakan hyperlink untuk menghubungkan secara terus bahan-bahan pembelajaran yang terdapat di internet.
3.    Langkah-langkah membina bahan untuk digunakan secara dalam talian ialah guru mestilah menggunakan kemudahan komputer atau laptop pengguna yang bersambungan dengan talian internet.  Seterusnya, guru boleh mengekses perisian yang terdapat di internet untuk dijadikan sebagai bahan pengajaran. Apabila telah mengenal pasti bahan yang sesuai, secara langsungnya, bahan tersebut boleh diedit sebagai bahan pengajaran ketika itu.
       Manakala, langkah-langkah membina bahan untuk digunakan secara luar talian ialah guru hendaklah mencari perisian yang sesuai di internet dan seterusnya, memuat turunkan bahan tersebut.  Setelah Berjaya memuat turunkan perisian yang dipilih, guru bolah mengedit bahan tersebut dengan menambah bahan-bahan pengajaran yang sesuai.

 

Interaksi 5

1. Apa yang saya faham dengan bahan PDP secara dalam talian ialah guru menggunakan bahan yang telah dimuat turun untuk dijadikan seabagai bahan pengajaran. bahan yang diperolehi boleh diedit secara sinkroni iaitu pada masa yang sama bahan itu diperolehi. Manakala bahan PDP secara diluar talian pula, ialah bahan yang telah dimuat turun tidak digunakan serta-merta selapas muat turun. bahan tersebut akan dismpan. kebiasaan kaedah ini digunakan kerana kekangan untuk menyambung talian ke komputer sebenar. contoh photo editing.

 

Interaksi 6

1. e-Portfolia ialah satu bentuk portfolio yang dihasilkan menggunakan teknologi digital sama ada melalui atas talian  iaitu berasaskan web ataupun menggunakan media seperti cekera padat optik (CD ROM). selain itu e-Portfolio menggunakan teknologi digital yang membolehkan pembangunan portfolio mengumpul dan menyusun artifak dengan menggunakan pelbagai kaedah media seperti audio, grafik, dan sebagainya. kaedah media yang tersebut merupakan koleksi peribadi ataupun organisasi dengan tujuan yang tertentu dan disimpan secara elektronik yang dikendalikan oleh individu ataupun organisasi. Disamping itu, e-Portfolio ini, dapat digunakan bagi menunjukkan perkembangan diri dan pengetahuan individu. e-Portfolio ini sesuai untuk guru, pelajar, golongan profesional dan masyarakat. e-Portfolio  boleh ditafsirkan sebagai buku elektronik peribadi kepada mereka yang membangunkannya. Sebagai contoh, guru menggunakannya sebagai medium pengajaran. Manakala pelajar boleh menerangkan perkara-perkara yang telah dipelajarinya.

 

2.  Saya boleh mendapatkan maklumat daripada e-Portfolio dengan memilih pautan-pautan yang sesuai yang telah disediakan. Selain itu saya boleh memilih bahan-bahan yang telah dimuat turunkan ke dalam e-Portfolio

 

3. Cara untuk melaksanakan penceritaan digital ialah dengan memuat turun perisian yang sesuai dan pastikan talian internet sentiasa aktif. Setelah memuat turun, kenal pasti individu yang akan dijadikan sebagai tempat untuk berkongsi cerita dan ilmu. Seterusnya, menimbulkan isu yang boleh dijadikan bahan perbincangan. Sebagai contoh, isu ramai remaja yang tidak menghormati orang yang lebih tua daripadanya. Hasil daripada isu yang diketengahkan akan memberi pelbagai pendapat daripada pelbagai pihak. Perisian penceritaan digital ini adalah seperti facebook. Wechat. Whatsapp dan sebagainya.

4.  Terdapat banyak faedah menggunakan alat komunikasi atas talian. Sebagai contoh, facebook. Degan melayari facebook pelbagai maklumat dapat diperolehi dengan mudah. selain itu, isu-isu semasa dapat diketahui dengan cepat. Bukan itu sahaja. komunikasi di atas talian akan memberi peluang kepada kita  untuk melihat budaya, pendidikan, kehidupan dan seumpamanya di seluruh negara. Tiada sempadan yang akan memisahkan pengguna teknologi untuk mengetahui sebarang maklumat. Inilah yang dimaksudkan maklumat dihujung jari sahaja.